Wednesday 19 December 2012

Bilik Sewa

Assalamualikum..
Hye.. Morning!!

Semalam aku pergi ke Seksyen 17 sebab nak tengok bilik sewa. Aku dah janji dengan akak yang nak sewakan bilik tu, nak jumpa dia pukul 9.00 malam. Janji harus ditepati... haizz.. macam pernah dengar je slogan ni eh...?? hehe

So, semalam, lepas balik keje, aku dinner dulu dekat restorant ape ntah aku lupe.. dekat seksyen 20. Aku makan Nasi Goreng Ladna. Muak la pulak... heheheh..Tobat tak mau makan nasi goreng ladna kat situ dah. Pekat gile kuah dia. grrrr...

Lepas makan, balik rumah jap, lepak-lepak sampai pukul 8.15 pm, baru gerak pergi Seksyen 17. Budget macam tau je rumah dia dekat mana kan. Sekali sesat. Dalam pukul 9.20 baru jumpa rumah dia. Sampai-sampai je kat rumah tu, aku dah macam tak sedap hati.. (Cewah! Macam suspend je..)... Ok la, aku cerita sikit la..

Sampai je depan pagar rumah dia, aku call la akak tu. Dalam 5 minit tunggu, baru dia keluar bukak magga pagar. Pastu dia suruh aku tolak sendiri pagar rumah dia sambil dia terus masuk rumah. Huahahaha... pehal nih?? Muka Nana dah masam aku tengok. Bukan aku nak suruh dia sambut aku macam VIP. At least aku ni still tetamu dia. Macam takde manner je. Aku tak kisah kalau dia suruh aku bukak sendiri pagar tu, at least salam dulu ke, masuk sekali ke.Ni tak, menonong je terus. Pastu siap jerit dari pintu suruh tutup pagar balik. Kihkihkih.. Masuk je dalam rumah tu, seriously tak macam rumah. Rasa macam stor je sebab barang-barang kat dalam rumah tu semua macam barang lama. Mula-mula dia tunjukkan bilik yang aku nak sewa tu. Kecik gile...Kalau aku nak duduk berdua dengan Nana memang tak muat la. Kitorang masuk berdua je dah berlaga bontot! Hahahah...

Dalam hati aku dah reject 100% dah. Lepas tu akak tu ajak duduk dekat ruang tamu. Ada satu sofa je. Muat untuk 2 orang. Aku duduk atas lantai je sebab akak tu bersila atas lantai. Macam takde adab plak bagi orang duk bawah, pastu kita sedap-sedap duk atas sofa kan? Pastu aku tengok ada satu peti ais lama dekat ruang tamu tu. Tv memang takde. Dekat sebelah bilik aku ada meja makan plastik dan kerusi plastik satu.

Akak tu duduk tingkat atas. Mungkin segala perabot, Tv dan lain-lain dia letak dekat tingkat atas kot. So, yang bahagian bawah ni untuk penyewa la...hmmmm

Selain dari tu, aku rasa macam misteri pulak. Akak ni cakap dia duduk sorang-sorang. Tu rumah family dia. Dia cakap just nak cari kawan untuk teman dia duduk dekat situ. Akak ni aku tengok dah berusia jugak la. Tapi belum kawen lagi. Dekat jari dia pulak ada inai. Mungkin dia pakai sendiri suka-suka kot.. Tak kesah la. Tapi style akak ni sangat TAK IN dengan aku. Mungkin sebab gap umur kitorang kot. Dia cakap orang sekeliling suka busy body pasal hal dia. Beriya-iya duk kutuk mentality orang-orang sekeliling dia. Standard la tu. Dah duduk dekat-dekat dengan orang, adat la. Majority family yang duduk dekat situ adalah warga emas. Pokcik Mokcik yang dah pencen. Ape lagi keje diorang?? Harus la nak over TAKE CARE jiran-jiran sebelah menyebelah terutamanya kalau diorang tengok ko tu spesies yang lain macam sket. hehehehehe...

Aku bukan nak kutuk akak tu, cuma sometimes, before kita kutuk mentality orang, better kita think positive, anggap yang orang tu mungkin tak paham situasi kita especially generasi X ni. Anggap je la diorang tu macam mak bapak kita dan kalau tak tahan sangat, just ignore je. Lebih baik kita tak tau daripada kita tau, lagi sakit hati kan??

Macam aku, kalau aku tau orang tu bercakap pasal aku blakang-blakang, aku dah rasa tak selesa, nak marah, rimas, tak puas hati dan segala-segala perasaan yang berunsur negative muncul dalam diri ini. Kalau kita tak dengar kan senang?? Happy je nak buat keje. Kalau rasa dah tak boleh handle sangat, just pergi solat, dekatkan diri dengan tuhan. InsyaAllah, hati akan menjadi tenang selepas itu.

So, macam akak tu, dia dah mengata pasal mentality orang sekeliling tu depan aku. Secara tak langsung aku dah ada satu tanggapan negative pasal dia. Well, aku ni cepat nooooo judge orang kan?? Yes! Thats my mentality. Pedekes?? Ye la, First time jumpe dah ngumpat orang. (*Ohh..aku ngumpat dia dalam blog ni takpe pulak kan???)

Okay la, aku bagi lagi satu contoh.

Hari Isnin haritu, aku pergi tengok satu bilik sewa ni dekat TTDI. Sangat berbeza dengan situasi di atas.

First time aku datang, dia greet depan pintu. Siap salam lagi. Budak ni muda dari aku lagi sebab dia panggil aku kakak. Lepas tu dia tunjukkan bilik dan satu rumah. Bilik yang kitorang tengok tu kecil jugak tapi not bad la. Aku suka rumah tu sebab dia punya aura tu macam aman jee... Depan rumah ada sungai. Dekat tepi tingkap bilik ada pokok.. Element alam semulajadi je dah menjadikan rumah tu macam cool je. Dekat ruang tamu kosong! Takde apa-apa pun. Jadi takde la nampak crowded rumah tu. Budak ni cakap, ada sorang yang duduk dalam Master bed room ni, dia ada tv tapi dia bawak masuk dalam bilik dia la. Okay, maknanya budak-budak dalam rumah ni adalah spesies yang Mind Your Own Business. I like!! Sebab aku tak suka jugak orang yang suka busy body yang duk sibuk judge mentality orang! Hehehe

Then, kitorang sembang pasal sewa and bayaran , bla..bla...bla...

Masa ni aku tak confirm lagi nak ambil bilik ni ke tak sebab tak tengok lagi bilik yang lain. Lepas tu Nana pulak macam tak puas hati sebab takde mesin basuh! Ewahhhh.. Macam la ko rajin no nak basuh baju je keje... Hantor je ke dobi seminggu sekali macam sekarang. Habis cerita! Nanti kalau ada rezeki lebih, kita beli la satu. Hadoyai...

Aku memang tak kisah pasal mesin basuh ni. Janji rumah okay, tenang, aman dan roomate jenis yang mind your own business, memang dah cantek sangat la tu. Nak compare dengan rumah akak tu, this one is 75% better la. Cuma biasa la bila rumah ni kalau dah nama apartment atau flat, parking memang cam @#$% sket la.. Dulu pun masa duduk dekat seksyen 7, kereta aku paling banyak kena calar. Hadoyai....

Jadi semalam, disebabkan takut orang lain ambil bilik tu, aku dah call budak ni yang aku confirm ambil bilik tu. Awal bulan January 2013 nanti aku masuk. Deal!!

Pagi tadi maksu dah balik dari Langkawi. Aku terkejut, pagi-pagi lagi dah ada lagu Big Bang-Fantastic Baby memekak. Rupa-rupanya anak-anak maksu aku punya angkara. Dah diorang gilakan K-pop pulak lepas balik dari Langkawi ni.. Jangan cakap diorang jumpe Big Bang kat Langkawi sudah... Mau sawan aku kang.

Pagi tadi Maksu ajak breakfast sekali tapi aku terpaksa tolak sebab dah lambat nak pergi kerja. Balik kang la aku nyembang. Tu pun kalau aku tak penat. hehehehe.. Oh ye, aku tak bagitau maksu lagi pasal aku cari bilik sewa ni. Nanti la aku bagitau dia. Jangan dia marah sudah la. huhuhu..


Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment