Friday, 28 December 2012

Selamat Tinggal Maksu

Esok aku akan berpindah ke rumah sewa aku di TTDI.
Sedihnye nak berpisah dengan family Maksu...
Dah 3 bulan aku duduk menumpang di rumah Maksu.
Disebabkan dah stabil sikit, so aku dan Nana decide nak keluar hidup berdikari pulak.. (puuiiii!!!).
Eleh, macam la jauh sangat Seksyen 20 dengan TTDI tu ye?? Blah la!!

Okay, banyak benda nak beli ni.
Maka, poket aku bakal kopak lagi la bulan ni..hadoiii..
Takpe..takpe... sabar..sabar..

Aku dah jatuh cinta dengan rumah sewa tu. Environment rumah tu yang ada sungai mengadap living hall dan pokok-pokok yang dekat dengan tingkap bilik buatkan aku rasa macam ada dekat kampung. Hehehe..
Suke..suke..
Alhamdulillah..
Rumah dekat dengan tempat kerja, housemate friendly dan parking kereta senang!! =)

Bulan ni aku tak balik kampung. Mak dan Abah pun tak jadi datang.

Oh ye, hari ni mungkin Mak Yang (adik Mak) akan datang dari kampung and tidur di rumah Maksu. Oh!! bestnye. Tak dapat jumpa Mak, jumpa Mak Yang pun jadi la.. Opah pun ikut sekali =) Bestnye!!!

Rumah sewa takde internet!! Oh My Unifi!!! Agak-agak TM dah ada pasang fiber optic cable kat situ dah ke belum ha??? Macam mana aku nak layan drama Korea nanti?? haizzz... Malasnya nak 'hidup'kan broadband tu. hehehehe...


Thanks for reading =) comment le weyh!