Wednesday, 5 December 2012

ATEH yang ku cayang!!

Last weekend, aku balik kampung aku kat Gerik. Tapi sebelum tu, aku singgah Ipoh dulu, rumah Abang Jeff aku. Dia pun nak follow jugak balik Gerik. Bila dah sampai rumah dia, perkara pertama yang aku terkam dulu ialah ATEH!!!

ATEH tu adik aku. Tapi beliau bukan manusia.Beliau ialah seekor amab!! Hehehe..

 semakin montok beliau... dah 2 kilo lebih..

 cubaan nak melarikan diri

 CJ7 hehehe

 Ateh suka sangat kalau aku pegang dia cenggini. Diam je dia.. Hehehe

 Nampak tak kaki belakang dia yang montok tu?? Eiii!! geramnyeee!!!


Ateh the smokey eyes..

Bulan 12 ni genap setahun umur Ateh. Sebenarnya, masa aku baru pindah kat Ipoh tahun lepas, abang aku belikan Ateh untuk aku sebab aku takde kawan. Ye la, abang aku busy dengan business dia. Balik lewat malam. Aku pulak baru pindah situ, mana ada kawan. Sebelah rumah pulak dikelilingi jiran warga India dan China je. Jadi, abang aku belikan Ateh ni untuk teman aku dekat rumah. 

Mula-mula abang bagi nama dia Chiko tapi aku rasa macam tak best, aku panggil dia Ateh. Nak lagi propa, aku panggil dia Adik Ateh!! Hehehe.. Kira macam adik aku la.. Hehehe..

Masa Ateh kecik-kecik, senang je nak tangkap dia, tapi bila dah semakin besar, beliau semakin nakal. Kadang-kadang aku kena cakar, kadang-kadang kena gigit, tapi aku tetap sayang giles dekat Ateh. Mungkin sebab dia dah jadi sebahagian dari hidup aku selama 10 bulan aku duduk dekat Ipoh.

Baru-baru ni bulu dia gugur , jadi masa aku balik haritu, dah tumbuh bulu baru. Bersih je.. Geram aku tengok. Rasa nak gigit-gigit jer. Adoyaiii..rindunya kat dia...hmmmm...

Pagi nak balik Shah Alam, aku kacau abang aku tido. Aku letak Ateh dekat kaki dia. Mula-mula dia geli-geli kaki abang aku. Pastu dia nak panjat kaki abang aku, abang aku sedar. Secara automatik die terkejut beruk merepek meraban. Ape bende dia mencarut pun ntah la. Hahahaha.. Sebenarnya abang aku takut kena gigit dengan Ateh ni sebab dia banyak kali kena gigit.Aku je yang tak serik-serik main dengan Ateh. 

Adik aku langsung la... Takut ya amat.

Walaupun doktor pernah warning aku jangan main dengan haiwan yang berbulu nih, ade aku kesah?? Selagi Ateh masih hidup, selagi tu aku akan gangnam style kan die. Hahahaha.. 

Begitu la kisah aku dan Ateh. Sekian terima kasih.

Thanks for reading =) comment le weyh!