Monday, 17 December 2012

Best nye Garu Kaki

Morning..

Tah hape-hape ntah tajuk entry aku ni.

Tapi ni nak habaq mai.. Sejak kebelakangan ni, aku suka sangat garu kaki aku. Skang kaki aku dah macam kulit boya dah aku tengok. Bertompok-tompok!!

Aku pun tak tau kenapa, setiap hari, ada je bintik-bintik merah muncul macam kena gigit semut api tu. Aku tak tau la menatang apa la yang menggigit kaki aku ni tapi gatal dia rasa lain macam. Macam gatal-gatal sakit gitu. Aku sebelum ni memang pantang menggaru-garu ni. Aku sayang kulit aku. Tapi sekarang ni aku tak fedulik dah!! Best gila garu. Hahahaha... Turun dah saham aku..kantoi.. Tapi yang peliknya dekat kaki je. Nasib baik paras bawah lutut. Kalau kena 1 badan, naya aku weyh...

Ni pagi tadi, tengah duk repair pc safwa nak connect ke printer, aku dah tergaru-garu macam beruk dah. Sekali aku belek kaki aku dah ada bintik-bintik merah. Meremang jugak la bulu roma aku tadi. Nasib baik aku ada bawak vicks. Lepas sapu vicks, terus hilang gatal dia. Banyak kali dah mak aku pesan suruh rendam dengan air panas. Aku je yang malas nak buat. Hehehe..

Kang sat g aku nak pergi klinik dekat Putrajaya. Risau jugak kot-kot ada jangkitan dalam darah ke hape ke.. haizzz...Tak suke!! Tak suke!!!

Oh ye!! Aku nak cari rumah sewa ni. Rasa macam dah lama sangat aku duduk kat rumah Maksu. Segan dowh!! Dah tiba masanya aku cari rumah lain. Muehehehehe....
Thanks for reading =) comment le weyh!