Wednesday, 5 December 2012

Medical Check-Up

Pagi tadi aku dan 3 engineer baru pergi ke Puchong untuk buat medical checkp-up. Safwa yang bawak kitorang sebab dia tau klinik yang memang dah dikhaskan untuk pekerja-pekerja Pan Asiatic ni buat medical check-up. Aku dah rasa macam pekerja warga asing je bila ramai-ramai pergi buat medical check-up. Agen yang menguruskan pendatang asing ni adalah Safwa. Imaginasi aku tinggi sangat sampai beberapa kali tadi aku tergelak sorang-sorang! Bengong!!

Lepas register, assistant dekat klinik tu amik berat dan tinggi kami. Aku punya berat tadi 66kg. Ntah ye ntah tidak je akak tadi baca. Aku rasa lagi berat kot sebab malam semalam aku makan nasi. Hehehehe.. Lapo beb!!

Pastu dia check tinggi pulak. Slumber je dia cakap 162 cm. Pastu aku suruh dia check lagi sekali sebab selalunya tinggi aku tak pernah lebih dari 160cm.Propa je akak tu. Aku dah excited ingat aku dah semakin tinggi walaupun aku sedar tumbesaran aku dah terbantut dah. Huhuhu.. Dia ukur lagi sekali, pastu leh cakap,

"A'ah, ye la... 160cm je..hehehe"...

whatever....

Pastu nurse dekat counter panggil (ye ke nurse???), bagi botol suruh cari ikan laga dalam longkang!! Hehehe.. Tak la, dia suruh isi urine. Aku memang dah standby pagi-pagi lagi minum air teh misai kucing. Hehehe.. Pastu aku tahan tak pergi toilet kat opis. Aku risau kang aku takleh kencing, satu hal pulak nak togok air mineral banyak-banyak. Kes ni pernah terjadi dulu masa aku nak check-up nak masuk UiTM. Aku dah tak tahan sangat, aku pergi toilet. Tapi masa tu nurse tak bagi botol pun. Last-last masa nurse suruh aku wat urine test, aku takde air kencing dah. Tak pasal-pasal mak aku kena beli air mineral sebotol besar bagi aku minum. setengah jam pastu baru leh kencing. Cettt!!!

Lepas urine test, pergi x-tray pulak.. Siap!!

Lepas tu, check up dengan doctor pulak. Blood pressure okay, Jantung okay, X-ray okay, pastu check mata pulak. Time ni memang failed la. Aku rabun jauh. Sepatah huruf pun aku tak nampak kecuali huruf E yang paling atas dekat board tu. Pastu dia suruh aku test pakai cermin mata pulak. Mata kanan aku problem sket. Mata kiri okay.

Pastu dia amik darah pulak. Hadoiii... time ni memang tak bleh blah. Walaupun aku takut tengok jarum tu menikam ke saluran darah aku, tapi mata aku tetap nak tengok. Ntah la sebab sawan ape. Aku ni kalau takut, lagi nak tengok.

Lebam kot tangan aku. Banyak plak tu darah aku dia ambil.

Hopefully, result okay la. Jangan la ada gula pulak dalam darah tu. Aritu pun aku dah di suspect diabetes. Kang tak lepas plak aku nak mencapai cita-cita aku sebagai technician wanita mesin pengimbas pertama di company aku ni. Huhuhuhu.. Tuhan, tolong saya~~


Lepas check-up, pergi makan dulu pastu baru balik opis. Ni aku baru balik opis la ni. lalalalal.. Jom main game pikachu!! Hehehehe..

Bye.
Thanks for reading =) comment le weyh!