Friday 5 April 2013

Aku Bakal Demam

Assalamualaikum..

Pagi ni badan aku dah mula rasa suam-suam air panas, hidung rasa sakit, tekak rasa bengkak tapi belum batuk lagi, mandi tadi rasa sejuk giler, dan telinga rasa macam bengang jer (petanda normal aku akan demam) tapi aku malas nak ambil MC.

Nana demam dah. Dia MC hari ni. Balik dari Melaka je semalam, terus batuk. Teruk pulak bunyi batuk tu, macam batuk kering. Semalam aku dah belikan dia Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak walaupun dia mati-mati taknak makan ubat batuk. Alasannya, nanti pergi klinik, doktor bagi la ubat batuk. Taknak membazir la konon. Ahh, Takde!!! Tak sanggup aku nak dengar bunyi batuk dia. Kang dengan aku-aku sekali tak boleh tidur. (Tu la motif utamanya..)

Ubat batuk Cap Ibu dan Anak ni memang berkesan. Mak aku ajar aku makan ubat batuk ni sejak dari kecik lagi. Mungkin sebab dia proud nama ubat batuk ni Cap IBU dan ANAK. hehehe.. Memang tak kasi can langsung nak melarat-laratkan batuk ni. Tapi bila dah dewasa, duduk asing-asing, dah jarang beli ubat batuk ni bila batuk. Maklum la, dah takde Mak nak suapkan..hahahaha,..vengong!!

Jadi sesiapa yang rasa tekak tu dah gatal-gatal, rasa nak batuk, sebelum melarat, baik ambil ubat batuk ni. Masa makan ubat batuk ni, jangan minum air. Biar dia melekat dekat anak tekak tu bagi segala tok nenek kuman tu mati.

Dan kessannya, malam tadi aku dapat tidur dengan aman. Masa aku bersiap pagi tadi pun takde dengar bunyi Nana batuk. Selalu tengah tidur pun batuk. Ni tak, dah okay la kot. Tapi aku suruh jugak dia pergi klinik ambil MC.

ni la rupa ubat batuk tu.
Gile beriya aku promote ubat nih! cehh!!

Nasib baik hari ni Jumaat. Boleh balik awal.

*Satu pc dah jahanam kena virus. Aku geram betul! 
Dah la nak demam ni. Haizzzzz

Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment