Monday, 8 April 2013

Ayam Penyet PKNS

Sabtu lepas aku kedarah Nasi Ayam Penyet dekat PKNS. Disebabkan aku dah lama tak pergi PKNS, kalau lalu pun jeling-jeling jer, maka hari Sabtu last week aku decide nak lunch dekat PKNS. Aku lunch sorang-sorang jer sebab aku nak cepat. Kalau jumpa member, kang kena lepak lama pulak. Huhuhu.. Lone ranger nye aku... Kedai ni sebelah Old Town, depan KFC. Dah sempit plak aku rasa PKNS ni. Restoran ni not bad la.. Tak ramai sangat yang makan situ time tu, so banyak meja kosong. Aku pilih yang part hujung, blakang sekali sebelah corner. Boleh nampak semua. Staff yang kerja kat sini semua Melayu. Selalu kalau aku makan Nasi Ayam Penyet, staff nya mesti warga asing.. Kat Padang Jawa, orang Indonesia, kat Seksyen 7, Bangla, kat depan rumah aku pun Indonesia. Ni first time Melayu yang serve. Aku pun confuse nih. Memang perniagaan Ayam Penyet ni dimonopoli oleh warga asing ke?? 


banyak kosong...

hujan....
disebabkan cermin dia cermin,aku kena makan sopan-sopan..
(takde maknenye!! Aku rasa bunyi sudu & garfu aku berlaga dengan pinggan paling kuat dalam restoran ni)

 Nampak macam sikit jer kan?? Tapi nasi aku tak habis. Mungkin sebab perut aku dah masuk angin time tu. Ayam dia sedap. lembut jer.. Sambal sikit. Kalau nak top-up sambal lagi, kena  tambah RM1.00. Motiff??
Nasib baik tak pedas.
(*tapi kalau nak comapare dengan Ayam Penyet Padang Jawa, memang takleh laaa...hehehe)

cheq minum Watermelon Smoothie. Yang ni SODAP.

Kesimpulannya, tak best la makan sorang-sorang...hehehehehehe...



Thanks for reading =) comment le weyh!