Monday, 8 April 2013

Mood Jiwang Hindustan Mai Dahhh...

Assalamualaikum w.b.t...

Salaaaam Namastee...

Ape nak buat, jiwang hindustan aku mai dah.. Ni pun tengah dengar lagu hindustan. Dalam playlist, semua lagu Hindi semata. Huh! nazak dah nih! Ni la tabiat yang aku tak dapat kikis sejak kecik lagi. Hantu hindustan. Dah kena marah dengan abah pun, tetaaapppp... tak boleh nak kikis la sikap aku nih. Sampai bahasa Hindi pun aku dah paham. Tengok citer hindustan tak payah tengok subtitle pun paham dah.. cewah! belagak gile aku. Ni semua gara-gara melayan kembali cerita-cerita hindustan yang ada dalam koleksi simpanan aku la nih! Ciss!! Dah aku tak boleh buat kerja. Asyik teringat kat Preety Zinta jer!! Haih??!!

Sabtu lepas, Nana pergi Cameroon Highland ikut rombongan MSU. Aku tinggal la sorang-sorang kat rumah. Disebabkan aku boring, maka aku merayau-rayau la dekat Plaza Alam Sentral. Lama dah tak pergi situ. Tujuan aku nak beli cooler fan untuk laptop aku tapi aku tak jumpa cooler fan yang memenuhi cita rasa aku. Maka, aku beli je la fan yang cute ni...

Harga dia RM15.90.  Kalau ada member card, boleh dapat RM9.90 jer! Ciss!!!

Disebabkan aku rasa nak tambah koleksi cerita Hindustan aku, maka aku ke PKNS. Ada satu kedai cd dekat tingkat bawah tu memang kedai feberet aku. Kedai tu banyak jual CD hindustan lama-lama ni. Dekat Speedy dah takde dah, semua cerita baru-baru jer. Dan seperti yang kuduga, memang cd yang aku nak tu ada kat situ. Nak tau citer ape aku beli?? Nin diaaaaaaa...

Veer Zaara & Dilwale Dulhania Le Jayengge

Ni kalau Shu tengok ni, mesti meraung nangis-nangis nak pinjam! Hahahahaha..
Shu ni roomate aku masa dekat UiTM Jengka dulu. Dia punya kepala kalu, mau kasi tau, sama saya jugak punya kepala... Hahahaha.. Kitorang kalau nampak Shah Rukh Khan, terus sawan meroyan datang. Kalau tengok Shah Rukh Khan senyum senget-senget mulut jer, terus kitorang jadi sawan berbuih mulut terus. Hehehehe... Camtu la aku nak gambarkan betapa gilanya kitorang terhadap Shah Rukh Khan.. Aku tak pernah jumpa orang yang gila macam aku selain Shu. Hahahaha.. Patut la boleh jadi geng dulu..heheheh..

Sekarang ni aku dah plan, tiap-tiap bulan, aku nak beli cd citer Shah Rukh Khan yang lama-lama untuk koleksi aku. Sekarang ni cerita lama dah susah nak jumpa. So, sementara aku jumpa, baik aku beli. Dah tua-tua nanti boleh aku layan dengan laki aku nanti. hahahha.. Kok laki ko bangla, mau la layan kot kan?? hahahhaa...

sekadar menambah koleksi... Pastikan yang ORI!! =p

Okay la.. Nak buat list cerita-cerita yang aku kena beli lepas ni. 
(*Aku kalau bab-bab membazir ni memang gigiiihhhhhh)

Thanks for reading =) comment le weyh!