Wednesday, 3 April 2013

Getaran Jiwa goes International

Tadi kat facebook, ada member aku share video seorang penyanyi Taiwan ni, nama dia Wang Lee Hom nyanyi lagu P.Ramlee "Getaran Jiwa". Ni salah satu lagu febret aku dalam cerita "Antara Dua Darjat". Memang sweet, romantic evergreen song la.. Tapi mamat Taiwan ni ada pelat-pelat sikit. Takpe, boleh dimaafkan. Hehehe..

Difahamkan, mamat Taiwan ni nyayi lagu P.Ramlee ni masa dia buat concert dekat Malaysia aritu. Ni video die..

Aku rasa bangga bila ada orang luar yang menyayi lagu P.Ramlee ni. Rasa macam music dia dihargai. Kalau P.Ramlee masih hidup sekarang ni, mesti lagu-lagu dia dah sampai peringkat International macam lagu-lagu Andy William, Frank Sinatra, Bee Gees, Santa Esmeralda dan Michael Jackson! Ehh?? (aku mane tau sangat lagu2 evergreen ni)

Music P.Ramlee ni memang boleh diterima di peringkat antarabangsa. Lirik dia cantik, music dia pun sedap, superb. Penggiat seni kat Malaysia ni kena do something untuk memperkenalkan lagi karya-karya P.Ramlee ni ke mata dunia. Tak melampau kalau aku cakap karya-karya beliau ni adalah salah satu aset kebanggaan negara. Wahhh!! Dasat semangat aku ni.

Ni lagi satu bukti yang omputeh pun suka dengan lagu Getaran Jiwa ni sampai diorang buat lagu versi English. Tajuk dia "Whispers in the Wind" by Lobo. First time aku dengar. Lobo ni macam pernah dengar nama dia tapi ingat-ingat lupa... Ke aku confuse dengan perkataan Mr. Loba-Loba?? hahahahah


atau boleh tengok kat link ni. Lobo-Whispers in The Wind . Video ni ada penyayi dia tapi aku takleh nak copy video dia masuk blog ni..
(*takleh ke tek reti sebenarnyaaaa??)
Hahahaha..

Okeh.. Jom sambung kerja.. =)
Thanks for reading =) comment le weyh!