Monday, 1 April 2013

Jom Mengundi!!

Hye..
Siapa yang dah daftar mengundi tapi belum semak status atau tempat mengundi lagi?? boleh pergi dekat link ni

Semakan Daftar Pemilih

Tetiba aku semangat. Pehal???

Ye la.. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, aku rasa masa ni la aku nak melibatkan diri dalam menentukan hala tuju negara aku. Dah kerajaan bagi hak kat kita untuk pilih siapa bakal pemimpin kita, takkan kita nak sia-siakan peluang ni.

Bagi yang belum mendaftar sebagai pengundi, pergi la ke mana-mana pusat mendaftar. Rugi kalau tak mengundi ni. Nanti kalau tak puas hati pasal parti yang hangpa dok sokong tak menang, jangan nak propa salahkan orang lain. Salah hangpa tak menyumbang undi.

La ni aku tengok orang awam secara terang-terangan mendedahkan parti mana yang diorang sokong. Open minded dah skang nih.. Aku ingat dulu masa aku sekolah rendah, aku pernah tanya sorang cikgu aku ni, kat mana dia akan pergi mengundi. Biasa la, budak terlebih busy body...

Tapi cikgu aku tu siap cakap kat aku cenggini lagi..

"Syuuu..! Undi adalah rahsia!"

Aku macam "WHAT THE......".. Macam la aku tak tau dia mengundi dekat Kelantan. Hahahaha...

What ever la.. Memang orang dulu-dulu cukup berahsia tentang siapa yang diorang undi. Sebab dia, tak mau nanti ada yang bermasam muka pasal berlainan politik. Haizzz... Memang aku ada nampak pun benda-benda ni terjadi especially dekat bapak aku. Mentang-mentang bapak aku kerja kerajaan, terus suka-suka hati diorang je labelkan bapak aku tu penyokong tegar UMNO. Cheh!!

Aku ingat lagi masa bapak aku pergi kenduri saudara aku dekat Taiping ni.. Bapak aku polis, diorang perli-perli jer bapak aku tapi bapak aku buat bodo jer. Pasal isu 'lebai putih' dengan songkok pun boleh jadi isu. Tah hape-hape.. Konon-kononnye, kalau sesiap penyokong PAS, pakai lebai... kalau sokong UMNO, pakai songkok. Tapi sekarang ada lagi teruk...Ko pakai baju biru!! Umno!! Hahahaha...

Pening jugak aku nak pilih siapa yang aku nak undi ni...
haizzz...

Korang ras-rasa, PRU-13 ni siapa patut menang?? Hehehehe..


Thanks for reading =) comment le weyh!