Friday 19 April 2013

Dahulukan Anggota Kanan

Assalamualaikum w.b.t

Salam Jumaat yang pernuh barokah.. =)

Kali ni aku nak share sikit beberapa topik menarik yang aku baca dari majalah dara.com keluaran Mei 2013. Harap pengongsian ini mendapat keberkatan dan menjadi panduan dalam menjalani kehidupan sebagai umat Islam.

Berikut adalah isi-isi nya: (aku type semula sebijik-sebijik)

Terdapat dua golongan manusia di akhirat kelak, penghuni syurga dan neraka. Bahagianya menjadi ahli syurga di atas balasan amalan kebaikan di dunia. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran, Surah Al-Haqqah:19 yang bermaksud, 
"Adapun orang-orang yang diberikan Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): " Ambillah! Kamu bacalah kitab amalku ini").

Tahukah anda mendahulukan anggota kanan dalam semua perkara kebaikan adalah adab kehidupan Rasulullah SAW?

Bersuci

Baginda sentiasa mendahulukan anggota kanan untuk mengambil air sembahyang dan juga ketika mandi seperti mana hadis ini. Aisyah RA bersabda yang bermaksud, " Bahawa tangan kanan Rasulullah digunakan untuk bersuci dan makan. Adapun tangan kiri digunakan untuk membersihkan bekas kotoran dari buang hajat dan perkara-perkara yang najis." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Makan dan Minum

Walaupun menggunakan gelas dan sudu untuk menyuapkan makanan ke mulut, anda perlu menggunakan tangan kanan juga. Ajaran Rasulullah perlu diikuti dan disebabkan itu, ajari anak dari kecil tentang adab-adab ketika makan. Rasulullah SAW mengingatkan, "Jika salah seorang daripada kamu akan makan, hendaklah makan dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya." (Hadis Riwayat Muslim)

Menyarung Kasut

Jangan sesekali anda berjalan berkaki ayam kerana kekotoran yang melekat pada tapak kaki kadangkala boleh mendatangkan kemudaratan. Lagikan pula bukan susah untuk memakai selipar mahu pun kasut. Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu, tetapi membukanya, yang kiri pula dibuka dahulu. Maka yang kanan hendaklah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka."

Bersikat

Kadangkala rambut baginda panjang ke cuping telinga dan ada juga tumbuh hingga ke bahu. Nabi Muhammad amat menitikberatkan soal kebersihan lagikan pula dengan keadaan rambut yang panjang. Baginda selalu menyikat dan meletakkan minyak rambut agar tidak kusam dan jijik untuk dipandang. Baginda meminta tukang sikat untuk memulakan potongan di bahagian kanan terlebih dahulu kerana ia lebih afdal.

Berpakaian

Dahulukan dengan doa menanggalkan pakaian dan doa semula ketika ingin menyarung semula busana indah di badan. Buka dan sarung pakaian anda dengan mendahulukan anggota kanan.  Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Jika kamu akan mengenakan pakaian dan berwuduk, mulakan dengan sebelah kanan." (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)

sumber : majalah dara.com Mei2013


p.s: Mengamalkan sunnah nabi adalah dituntut dalam Islam dan mengamalkannya juga akan dikurniakan pahala.  Jom amalkan. Simple je kan??

Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment