Thursday, 11 April 2013

Sakit Perut

Assalamualaikum..

Pagi tadi selepas makan nasi lemak, aku telah ke jamban buat pertama kalinya selepas kali terakhir aku ke jamban hari Sabtu lepas. Gile rare!! Ni dah nazak sangat dah ni tahap sembelit dia. Macam tak senonoh je bunyi entri ni kan??

Sebenarnya, aku macam pelik sikit la dengan perut aku ni. Kali ni susah pulak nak memerut. Sebelum ni, pantang aku makan je, mesti dalam 4,5 jam lepas tu nak berry. Tak pernah failed. Tapi kali ni aku susah gila nak berry.  Rasa nak membuang tu tak mau mari.. Dah macam-macam aku buat tinggal tak makan julab jer lagi..Huhuhuhu.. Nak kata aku tak makan sayur?? Mustahil.. Aku kalau takde sayur, memang aku tak makan la.. Buah?? Hmmm..mungkin kot.. Aku dah lama tak makan buah. Dulu, kalau kat Ipoh, tiap-tiap bulan mak aku hantar 2,3 biji buah betik untuk aku peradap sorang-sorang. Ni aku dah malas nak makan buah. Tak tau nape.

Haizzz..Ni aku rasa tali perut aku macam berdenyut-denyut jer.. Aku risau ni. Siap google lagi kot-kot aku ni mengalami tanda-tanda awal kanser kolon/usus. Mau tak risau!! Aku bab-bab sakit ni sensitif sikit. Tengok la, weekend ni aku nak pergi check dekat klinik la.. Tak boleh jadi ni.. Sedikit sebanyak tanda-tanda tu ada pada aku. Kusss Semangat!!!

Okay la, ni aku nak pergi Plaza Alam Sentral. Nak teman kawan aku lukis inai. Sabtu ni nak bersanding. Kang aku nak beli buah banyak-banyak biar aku kena constipation pun takpe. (Ceh! apasal ayat 'constipation' tu macam sedap je bunyi nyer.. cuba dalam bahasa melayu??? Syuuhhh..diam-diam sudey..)



Thanks for reading =) comment le weyh!