Thursday, 4 April 2013

Pagi yang cerah, kini sudah mendung....

Assalamualaikum w.b.t.

Awal gile aku sampai office pagi ni. Pukul 7.30 aku dah terpacak depan office. Reason aku sampai awal adalah sebab Nana kena pergi Melaka. Jadi aku kena hantar dia awal since dia nak bertolak pukul 7.00 pagi dari office dia. Lepas hantar dia tadi, terus aku pergi beli breakfast nasi goreng dekat restoran depan office Nana. (tak ingat nama restoran ape). Lepas tu, beli susu dan Sweetie Mochi dekat 7-Eleven.

Aku panggil ni kuih jepun jer... ni favourite aku, dalam dia inti kacang merah.

Rasa macam ditinggalkan jer bila Nana pergi Melaka. Padahal pergi time kerja kot... 
Aku rasa kalau dia dah kahwin nanti, mesti aku rasa sunyi sebab aku dah takde kawan. Huahuahua.. 
Jadi, aku pun kena kawen cepat-cepat nih..hehehehe...

Disebabkan aku datang awal pagi tadi, aku boring, pastu aku bukak website Lelong.My. Pastu aku beli satu  handbag ni sebab ada discount!! Motif!! Takde kene mengena kan?? Tapi disebabkan harga handbag ni murah, maka aku pun laju jer order beg tu. nak tengok camne rope beg tu tak?? tengok gambar kat bawah ni.

beg hitam belah kiri tu..hehehe
purse tu pun macam cute tapi macam kecik jer.. 
Aku tak suka duit aku berlipat-lipat. 
Kalau tempat letak duit kertas tu panjang sikit, kompom aku beli dah..hehehe

Hari ni kena pergi Jabatan Imegresen lagi kat Putrajaya. 
Boring!
Aku tak suka pergi tempat yang ramai orang tapi kena pergi jugak.haizzzz..




Thanks for reading =) comment le weyh!