Monday 22 April 2013

Random Lagi Lagi...

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni hari Isnin..kan????

1) Aku Kena Tinggal!!
Pagi tadi kena bangun awal sebab Nana pergi outstation lagi kat Melaka. kali ni kena tidur dekat sana pulak. Maka, malam ni aku tidur sorang-sorang la jawabnya.. Huhuhuhu...

2) Adapter Laptop Lagiiiii...
Semalam tengah syok aku melayan drama Taiwan, tetiba je adaptor yang aku beli dua bulan lepas buat hal. Tetiba je laptop aku padam sendiri. Aku try nak ON balik, tak boleh. Bila aku check dekat adaptor dia, takde lampu. Aku try godek-godek, goyang sikit cable dia pun tak boleh. Lepas tu aku pegang adaptor tu, panas giler. Terus aku fed-up, tido terus! Dalam hati rasa marah gile sebab baru je beli hari tu takkan dah rosak balik??? Dah la kat meja aku tu takde PC! (Orang rembat!). Jadi terpaksa la aku usung laptop aku tiap-tiap hari sampai dah terlondeh dah bahu aku ni menggalas laptop tiap-tiap hari. Kalau dah adaptor rosak, tak ke mangkor aku tercogok je kat office tu nanti?? Boring siot kot takleh nak buat ape-ape. Dah la aku banyak urusan nak setle ni... (Haaaa..cenggitu la aku termenung, mikir malam semalam. Pukul 2 pagi kot baru aku tido. Adaptor punya penangan. Siap fikir nak beli laptop baru tak bleh blaaaaa...)

Tapi pagi tadi, aku try connect Adaptor tu ke suis, Alhamdulillah, ada balik lampu dia. Terus hilang stress aku. Huhuhuhu... Tapi sebagai langkah-langkah keselamatan, balik kampung nanti, aku nak ambil adaptor laptop lama aku bawak mai sini. Mana la tau kot-kot adaptor ni meroyan lagi... Mana la tahu kaaannnn..

3) Surat Pelepasan
Pagi ni aku hegeh duk google format nak buat surat pelepasan. Last-last aku reka sendiri jer berpandukan apa yang aku belajar masa aku kat sekolah dulu.. Belasah je laaaa...
Ni surat pelepasan untuk aku keluar mengundi pada PRU-13 nanti. Bapak aku la bising suruh aku buat surat ni kot-kot boleh claim nanti.. Aku malas nak melawan, buat je la... Kalau ikutkan logik, nak lepas-lepas ape pulak kan?? Dah sah-sah 5 Mei 2013 tu hari Ahad, hari aku tak kerja! Huhuhuhu... Malas nak melawan...

4)Tenggiling Kehausan
Semalam aku check air kereta, terkejut momok aku sebab air dia kering. Selama ni duk bawak jer kereta tak check air dia. Sejak aku park kereta jauh dari rumah ni, aku asyik lupa je nak check air. Semalam, masa aku isi air dalam tangki, keluar air karat warna coklat kekuningan. Gila karat tangki kereta aku. Baru lagi rasanya Abah servis tangki tu.. Balik ni aku nak suruh Abah tengok balik tenggiling aku tu.. Kesian dia. Minyak hitam pun dah kurang sikit semalam, tapi aku dah tambah dah. Nasib baik Abah ada letak dalam bonet minyak hitam untuk aku tambah-tambah kalau kurang. Kesian tenggiling....

5) Balik Kampung!!
Aku nak balik kampung mengundi. Jadi, aku nak apply cuti. Muehehehe.. Aku jarang ambil cuti, jadi cuti (AL) aku banyak lagi.. muehehehe.. Aku plan nak ambil 2 hari. Hari Jumaat dan Isnin. Baru best. Kalau balik kejap-kejap, tak puas rasanya. Huhuhuhu...

Okay, nak kerja. Bye.
Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment