Tuesday 16 April 2013

Mari Diet dengan U TRIM Pulak....

Assalamualaikum w.b.t.

Anda semua sihat hari ini?
Alhamdulillah...

Saya kurang sihat sebab demam dan badan sakit-sakit. Tapi Alhamdulillah, masih boleh datang office. Semalam EL sebab demam masih tak kebah. Disebabkan aku pergi ke klinik masa weekend, maka tak dapat MC. So, Aku ambil EL je semalam. Boring gile duduk kat rumah!! Huhuhuhu...

Okay, misi diet bermula kembali dengan produk terbaru yang akan saya cuba iaitu produk U-Trim; "Reduce Your Appetite in Minutes".

Perisa Manggo

Actually Maksu aku yang recommend produk ni. U-Trim ni akan sekat aku punya selera makan la... So, aku takkan kedarah banyak-banyak dah lepas ni. Pagi tadi aku baru cuba sepaket dan aku rasa teramat la payahnya aku nak menghabiskan.. Heerrrrrr....

Dalam sekotak ni, ada 10 sachet. Makan sekali je sehari, tiap-tiap pagi sebelum breakfast. Cara makan dia, bancuh sepaket U-Trim ni dalam 250ml air sejuk, kacau-kacau sampai sebati, then minum dengan serta merta. Bila dah bancuh, dia jadi macam gel. Kembang tekak aku nak menghabiskan nya tadi. Gile, dah la perisa Mango, yukkss.. Tapi demi nak kurus, aku telan jua... 

(*lepas tu aku kedarah nasi himpit dengan kuah kacang! Serius aku rasa nak meletup dah perut aku ni..hahahaha.. Okay, ni last aku breakfast dengan nasi himpit. Pasni breakfast dengan biskut jer. Promise!)

Dinasihatkan supaya minum 8 gelas air untuk elakkan 'Healing Crisis'. Ape kejadahnye 'Healing Crisis' tu??
Aku pun first time dengar.. So, aku pun google la menatang ni, dan aku terjumpa la maksudnya dekat satu blog ni.. Kalau korang pun tak tau apa makna 'Healing Crisis' ni, boleh baca kat blog ni. Good Info I tell You.

Oh ye, produk ni tak sesuai untuk wanita mengandung dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Harga sekotak U Trim ni ialah RM75.00 sahaja. Okay la, takde la mahal sangat.. Kalau nak kesan yang lagi cepat, banyakkan exercise. Maksu aku kata, kalau exercise waktu malam, lagi cepat kesan dia. U Trim ni jugak akan reshape balik body kita. Aku tengok maksu aku pun dah macam kecik sikit dah body dia. Sebab tu la aku beli.. Lagi satu, ko boleh makan sesuka hati tapi ko akan cepat kenyang. Tak macam sestengah produk tu yang tak bagi ko makan itu ini. Abes tu nak makan ape jer??? Haizzz..

Aku try dulu la produk ni.. kalau tak turun gak dalam tempoh 2 minggu ni, Gedootttt!!! heheheheh..


Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment