Thursday, 11 April 2013

Company Trip

Boss aku bercadang nak buat company trip dekat Kelong, Sabak Bernam. Main activity ialah MEMANCING!!

Aku macam WHAT???? Memancing??!!!
Adoiii..pantang tok nenek aku memancing!!
Aku paling tak suka memancing!!

Aku rasa aku boleh mati kutu kot kalau teman orang pergi memancing ni. Aku ni bukan jenis penyabar, duduk kat satu-satu tempat, menunggu berjam-jam untuk dapatkan ikan yang belum tentu lagi dapat. Aku tak sukeeeeeee!!!! 

Masa kecik-kecik dulu aku dah puas kena paksa dengan Mak dan Abah untuk ikut diorang pergi memancing! Bosan dowh!! Kalau aku ikut, confirm akan buat bising, pastu lari sana-sini macam orang gila. Aku bosan!! Bapak aku selalu marah. Aku berazam, kalau aku dah besar, jangan harap aku nak teman orang pergi memancing dah!

Ex-boyfriend aku dulu kaki pancing! Dia punya obses dengan memancing tu sampai semua tempat memancing kat Malaysia ni dia tau! Kalau bergayut dalam telefon pun, confirm cerita pasal ikan, laut, umpan, dan aku cam orang bodo, redho je dengar. Kadang-kadang aku buat-buat tido. Kadang-kadang aku call, bapak dia angkat sebab dia tinggal phone dekat rumah. Konon-konon taknak ada gangguan masa memancing la konon!! Ko ado??? Cett!! Nasib baik aku tak kawen dengan dia. Kalau tak, confirm asyik kena tinggal je sebab dia gila memancing!! Fuhh!!

Jadi, aku dah bercadang taknak follow company trip ni. Kalau boss baik hati nak tukar tempat, aku akan follow asalkan aktivitinya bukan memancing!! Huh!! Motif sangat!!!

Thanks for reading =) comment le weyh!